Hotline : 012-3404240 / 017-3924008

Tentang Pengecualian Cukai

Permohonan pengecualian cukai di sini merujuk kepada permohonan pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Untuk membolehkan satu-satu pertubuhan kebajikan itu diluluskan oleh LHDN, mereka terlebih dahulu perlu memenuhi syarat am dan khas yang digariskan oleh mereka.

Berikut disenaraikan syarat am LHDN bagi pertubuhan yang ingin memohon kelulusan ini :

  1. Objektif : Ditubuhkan di Malaysia semata-mata untuk tujuan kebajikan/khairat
  2. Manfaat : Kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Tidak boleh terhad kepada kumpulan tertentu sahaja.
  3. 50% Perbelanjaan Dana : Mesti membelanjakan sekurang-kurangnya 50% bagi menjalankan aktiviti untuk mencapai objektif penubuhan.
  4. Lembaga Pemegang Amanah : 50% terdiri dari orang luar yang tidak mempunyai kaitan dengan organisasi atau founder.
  5. Larangan : Untuk terlibat dalam sebarang kegiatan politik atau gerakan kesatuan sekerja
  6. Penyata Kewangan : Hendaklah diaudit oleh juruaudit bertauliah dan dikemukakan setiap tahun ke LHDN
  7. Perniagaan : Dibenarkan melibatkan diri dengan syarat melibatkan tidak lebih 20% dari dana terkumpul dan pendapatan hendaklah dimasukkan semula ke dana yang berkenaan untuk mencapai objektif penubuhan pertubuhan.
    1. Had Penggunaan Dana Terkumpul Tidak Terpakai Jika perniagaan yang dijalankan adalah usaha untuk melaksanakan tujuan utama khairat/amal pertubuhan atau sebahagian besar kerja perniagaan itu dijalankan oleh penerima manfaat pertubuhan.
  8. Pindaan Dan Pertukaran Surat Ikatan Amanah/ M&A : Hendaklah mendapat kebenaran bertulis LHDN sebelum ianya berkuatkuasa
  9. Pembubaran : Jika bubar, kesemua hutang dan tanggungan pertubuhan perlu dijelaskan dan jika terdapat baki aset dan wang perlu didermakan kepada Kerajaan atau organisasi lain yang telah diluluskan oleh LHDN serta perlu dimaklumkan juga kepada mereka.
  10. Aktiviti Luar Negara : Boleh menjalankannya dengan syarat mendapat kebenaran Menteri Kewangan terlebih dahulu.
  11. Keperluan Lain :
    1. Resit rasmi mesti dikeluarkan dan mencatat dengan jelas :
      • Nama pertubuhan
      • Nombor resit rasmi
      • Rujukan kelulusan
      • Tempoh kelulusan
      • Nombor rujukan warta kerajaan
    2. Penyata kewangan beraudit setiap tahun dihantar dalam masa 6 bulan selepas akaun ditutup ke LHDN
    3. Pindaan M&A hendaklah mendapat kelulusan bertulis dari LHDN terlebih dahulu sebelum dikuatkuasakan

Selain dari syarat-syarat am yang digariskan diatas, terdapat lagi beberapa syarat-syarat khas yang ditetapkan oleh pihak LHDN untuk dipatuhi oleh pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang ingin memohon kelulusan ini.

Syarat-syarat khas adalah berbeza mengikut jenis pertubuhan yang memohon. Pemohon boleh memilih samada untuk melakukan sendiri permohonan ini atau mendapatkan khidmat mereka yang pakar dalam urusan pendaftaran kelulusan ini.

Apabila kesemua syarat-syarat yang telah ditetapkan dipenuhi dan setelah berpuas hati, LHDN akan mengeluarkan satu sijil kelulusan untuk satu tempoh yang perlu diperbaharui. Kelulusan ini akan diberi bersekali dengan kelulusan penolakan cukai kepada individu dan syarikat yang menderma kepada pertubuhan yang diluluskan itu.

Kenapa Pilih Kami ?

  • Syarikat Setiausaha Online
  • Cepat dan Dipercayai
  • Mudah dan Berpatutan
  • Khidmat Setempat
  • Penghantaran Disediakan

Hubungi Kami

No.46-1 Jalan Tasik Utama 5
Medan Niaga Tasik Damai
Sungai Besi. 57000. KL
Pejabat: +6 03-9055 3341
Jualan.1: +6 012-340 4240
Jualan.2: +6 017-392 4008
Web: www.companysecretary.my
Email: ask@companysecretary.my

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam laman web ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini yang disediakan oleh MSIB Corporate Consultancy Sdn Bhd dan dalam kami berusaha untuk memastikan.... baca lagi