Hotline : 012-3404240 / 017-3924008

Tentang Syarikat Berhad

Syarikat berhad ialah salah satu dari 2 jenis syarikat berhad dengan saham yang ditubuhkan dengan bermatlamatkan keuntungan. Penubuhan, perjalanan dan penutupan syarikat ini adalah dikawal selia oleh Akta Syarikat 1965.

Liabiliti syarikat berhad adalah terhad. Ianya terhad setakat jumlah modal yang dikeluarkan oleh pemiliknya sahaja. Jika pemiliknya telah mengeluarkan jumlah modal tersebut, pemilik tidak perlu lagi menyumbang wang kepada syarikat walaupun dalam keadaan syarikat diancam kebangkrapan akibat gagal membayar hutangnya.

Syarikat berhad juga mempunyai entiti perundangannya tersendiri seperti manusia biasa. Ianya boleh meminjam menggunakan namanya, membeli, menyewa, memasuki kontrak, menyaman, disaman, memiliki harta dan hartanah kesemuanya menggunakan namanya tanpa melibatkan nama pemiliknya.

Semua urusan berkaitan syarikat berhad dari awal penubuhan sehingga penutupan perlu dilakukan di pejabat pendaftar syarikat atau dikenali kini dengan nama Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM) yang beribu pejabat di Menara SSM, KL Sentral, Kuala Lumpur.

Untuk menubuhkan syarikat berhad, minimum 2 orang pengarah syarikat yang mempunyai alamat kediaman di Malaysia diperlukan. Selain itu, minimum 2 orang pemegang saham juga diperlukan bagi melengkapkan proses penubuhan. Pun begitu, Pengarah dan pemegang saham syarikat boleh dikalangan orang yang sama.

Syarikat berhad diwajibkan untuk melantik sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat yang dinyatakan oleh AS 1965 samada dengan menggajinya bekerja dengan syarikat atau mendapatkan perkhidmatan syarikat setiausaha.

Tidak sebagaimana syarikat sdn bhd, syarikat berhad tidak boleh terus memulakan perniagannya walau setelah memperolehi sijil pendaftaran syarikat (borang 8). Ianya perlu terlebih dahulu menghantar permohonan untuk memulakan perniagaan ke SSM dan jika berjaya syarikat akan dibekalkan dengan sijil memulakan perniagaan (borang 23).

Selepas sebulan mendapat sijil memulakan perniagaan dan dalam tempoh 3 bulan, syarikat berhad perlu mengadakan mesyuarat berkanun syarikat dan menyediakan serta membentangkan laporan berkanun syarikat di dalamnya.

Saham syarikat berhad boleh ditawarkan kepada sesiapa sahaja termasuk orang awam. Bagi memastikan penjualan saham syarikat berhad dapat dilakukan dengan berkesan, syarikat boleh memilih untuk disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Untuk tujuan tersebut, syarikat perlu mematuhi garis panduan penyenaraian yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Pada setiap hujung tahun, syarikat berhad diwajibkan oleh AS 1965 untuk:

  1. Menyiap dan membentangkan laporan akaun diaudit syarikat di dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Syarikat.
  2. Mengadakan MAT syarikat
  3. Menyerahsimpan satu laporan tahunan syarikat ke SSM

Kegagalan syarikat berhad dalam mematuhi ketiga-tiga keperluan wajib di atas boleh menyebabkan syarikat dan para pengarahnya dikenakan kompaun oleh SSM serta jika disabitkan kesalahan di mahkamah boleh menyebabkan syarikat dikenakan penalti yang tinggi.

Syarikat berhad akan terus menerus wujud walau dengan apa jua perubahan yang berlaku kepada para pemiliknya. Ia juga tidak akan tertutup walau dengan kematian semua pemiliknya. Ianya akan terus wujud melainkan jika satu prosedur penutupan terhadapnya dilakukan samada melalui SSM ataupun mahkamah.

Kenapa Pilih Kami ?

  • Syarikat Setiausaha Online
  • Cepat dan Dipercayai
  • Mudah dan Berpatutan
  • Khidmat Setempat
  • Penghantaran Disediakan

Hubungi Kami

No.46-1 Jalan Tasik Utama 5
Medan Niaga Tasik Damai
Sungai Besi. 57000. KL
Pejabat: +6 03-9055 3341
Jualan.1: +6 012-340 4240
Jualan.2: +6 017-392 4008
Web: www.companysecretary.my
Email: ask@companysecretary.my

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam laman web ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini yang disediakan oleh MSIB Corporate Consultancy Sdn Bhd dan dalam kami berusaha untuk memastikan.... baca lagi