YURAN SYARIKAT SETIAUSAHA

Detail Khidmat Yang Terkandung Dalam Yuran Syarikat Setiausaha

1. Perlantikan Setiausaha Syarikat

Yuran syarikat setiausaha secara amnya merupakan bayaran di atas pelantikan Setiausaha Syarikat Berlesen yang berkelayakan sebagai setiausaha syarikat kepada syarikat pelanggan.

2. Penggunaan Alamat Pejabat Berdaftar

Pejabat berdaftar pelanggan akan ditempatkan di alamat pejabat MSIB Corporate semata-mata bagi tujuan pematuhan Akta Syarikat 2016.

3. Penjagaan Buku Minit dan Berdaftar Syarikat

Kami akan menyimpan dan menjaga Buku Minit dan Daftar pelanggan serta menyediakannya untuk pemeriksaan oleh pihak yang berhak di sisi undang-undang.

4. Penjagaan Rekod Pemunyaan Benefisial

Kami akan menyimpan maklumat dan rekod Pemilikan Benefisial (BO) pelanggan berdasarkan maklumat yang diperoleh semasa penubuhan atau yang diberikan kemudian.

5. Penjagaan & Kemaskini Rekod AMLA

Termasuk penyimpanan rekod hasil usaha wajar pelanggan dan prosedur Kenali Pelanggan Anda (“KYC”) yang dijalankan ke atas pegawai, pemegang saham dan pihak berkaitan pelanggan.

6. Mengendalikan Notis atau Maklumbalas dari SSM

Kami akan menerima notis statutori, surat-menyurat dan komunikasi daripada SSM yang ditujukan kepada pelanggan dan, jika perlu, memaklumkannya kepada mereka.

7. Setiausaha Syarikat Berlesen di Pejabat Berdaftar

Setiausaha Syarikat Berlesen atau wakilnya akan berada di pejabat berdaftar dalam waktu perniagaan yang berkenaan.

8. Peringatan Pematuhan Statutori Tahunan

Kami akan memberikan peringatan yang munasabah kepada pelanggan mengenai kewajipan pematuhan statutori tahunan yang berulang di bawah Akta Syarikat 2016.

9. Pentadbiran Mohor Rasmi Pelanggan, Jika Ada

Jika pelanggan memilih untuk menggunakan mohor rasmi, kami akan membantu penggunaannya berdasarkan arahan sah yang diterima.

Yuran Syarikat Setiausaha Bulanan Kami
Kadar Promo (Mesti Dibayar 1 Tahun Awal Untuk 1 Tahun)
NoJenis syarikatyuran
1Sendirian Berhad (Sdn Bhd)RM720 Setahun (RM60/bln)
2Berhad (Bhd)RM1500 Setahun (RM125/bln)
3Yayasan / Badan KebajikanRM1140 Setahun (RM95/bln)
Kadar Biasa (Kadar ini Terpakai Apabila Pelanggan Gagal Untuk Bayar Awal atau Pilih Untuk Bayar Secara Bulanan)
Nojenis syarikatyuran tahunanyuran bulanan
1Sendirian Berhad (Sdn Bhd)RM1200 Setahun (RM100/bln)RM180 Sebulan
2Berhad (Bhd)RM1800 Setahun (RM150/bln)RM230 Sebulan
3Yayasan / Badan KebajikanRM1440 Setahun (RM120/bln)RM200 Sebulan
Penting! Sila Baca Dengan Teliti