SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD)
Pengenalan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)
Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) merupakan antara struktur perniagaan yang paling banyak digunakan di Malaysia oleh usahawan, perniagaan yang sedang berkembang dan syarikat yang mahukan struktur korporat yang lebih tersusun dan profesional.
Penubuhan Sdn Bhd mewujudkan entiti undang-undang yang berasingan daripada pemegang sahamnya serta membolehkan syarikat beroperasi, membuat kontrak, memiliki aset dan menjalankan perniagaan atas namanya sendiri, tertakluk kepada Akta Syarikat 2016 dan undang-undang berkaitan.
Di MSIB, kami membantu pelanggan sepanjang proses penubuhan syarikat — daripada penyediaan awal maklumat syarikat dan dokumen penubuhan, sehingga penyediaan dokumen selepas penubuhan serta sokongan pematuhan korporat berterusan.
Pendekatan kami bukan sekadar membantu anda menubuhkan syarikat, tetapi juga memastikan perniagaan anda bermula dengan struktur korporat yang betul dan asas pematuhan yang jelas untuk pertumbuhan jangka panjang.
Kenapa Syarikat Sdn Bhd ?
- Kesinambungan Syarikat
- Perlindungan Liabiliti Terhad
- Keupayaan Menambah Modal
- Struktur Pemilikan Lebih Mudah
- Lebih Sesuai untuk Pertumbuhan
- Entiti Undang-Undang Berasingan
- Kredibiliti Perniagaan Lebih Tinggi
Seorang Sahaja Kini Boleh Menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)
Lindungi Kekayaan & Legasi Perniagaan Anda Dengan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)
Kenapa Usahawan Memilih Kami?
Sokongan Pematuhan Berterusan
Proses Perkhidmatan Tersusun
Pasukan Professional Berpengalaman
Sokongan Atas Talian & Pejabat Fizikal
Langkah demi Langkah : Bagaimana Memulakan Syarikat Sdn Bhd Dengan Kami
1. Isi Borang Atas Talian
Hanya sediakan beberapa info asas bagi memudahkan kami membantu anda.
2. Hubungi & Detail Khidmat
Team kami akan hubungi anda dan menjelaskan khidmat kami lebih detail.
3. Buat Bayaran Atas Talian
Jika anda setuju, boleh buat bayaran & share resit pembayaran dengan kami.
4. Kami Mulakan Proses
Proses kami bermula. Due diligence diikuti dengan proses penubuhan syarikat.
Pakej Khidmat Kami Seperti Berikut
- 2x Carian nama rasmi
- Carian nama tak rasmi tanpa had
- 2 Pengarah dan pemegang saham
- 2x Tapisan pelanggan di bawah AMLA
- Modal berbayar permulaan maksimum RM2,000
- Sokongan professional proses penubuhan syarikat
- Tandatangan dokumen oleh setiausaha syarikat
- 2x Resolusi ALP untuk membuka akaun bank
- 2x Resolusi ALP untuk membuka perbankan atas talian
- 3x Set dokumen lengkap syarikat
- Mesyuarat ALP pertama (kertas mesyuarat)
- Penyediaan, kemaskini dan penjagaan buku minit & daftar syarikat
- Konsultansi professional berkaitan penubuhan syarikat
3 Bonus Percuma Anda Dapat
- 6 Bulan Yuran Syarikat Setiausaha (Bernilai RM360)
- 2x Notis & Deklarasi Pemunyaan Benefisial (Bernilai RM500)
- 24 Jam Sehari, 7 Hari Seminggu Akses Sokongan Channel Telegram
HARGA PAKEJ
RM1,600
(biasa RM2,399)
Pakej Penubuhan Sdn Bhd
RM360
(biasa RM720 setahun)
Yuran Syarikat Setiausaha Setahun Pertama
Jumlah Harga Pakej + 8% SST = RM2,116.80
Detail Khidmat Dalam Yuran Syarikat Setiausaha
Tempoh Proses
5 Hari Bekerja*
* selepas pihak pelanggan meluluskan draft dokumen penubuhan dari kami
Terma & Syarat :
Harga pakej yang dinyatakan di atas hanya terpakai bagi syarikat yang mempunyai pengarah dan pemegang saham warganegara Malaysia serta tidak melibatkan mana-mana pemegang saham korporat. Fi tambahan akan dikenakan bagi pengarah atau pemegang saham warga asing serta pemegang saham korporat.
Bagi melayakkan pelanggan menerima resolusi lembaga pengarah (BOD Resolution) untuk pembukaan akaun bank dan perbankan dalam talian di bawah pakej ini, semua maklumat perbankan yang diperlukan hendaklah diterima oleh pihak kami pada atau sebelum tarikh penubuhan syarikat. Sekiranya maklumat tersebut diterima selepas tarikh berkenaan, permohonan tersebut akan dianggap sebagai permohonan biasa bagi penyediaan resolusi bank dan fi resolusi bank yang berkenaan hendaklah dibayar secara berasingan.
Semua bayaran yang telah dibuat di bawah pakej ini adalah tidak boleh dikembalikan.
Soalan-soalan Lazim (F.A.Q.)
Q. 1 : Apa syarat minimum untuk menubuhkan sebuah syarikat sdn bhd di Malaysia?
A.1 : Untuk menubuhkan syarikat sdn bhd, anda hanya perlu mempunyai minimum seorang pengarah dan pemegang saham yang berkelayakan serta melantik syarikat setiausaha yang berpengalaman untuk menguruskan penubuhannya serta mengendalikan pematuhan tahunan syarikat ini.
Q. 2 : Bolehkah saya sendiri menubuhkan syarikat sdn bhd di SSM tanpa melantik syarikat setiausaha?
A.2 : Secara amnya boleh. Namun, kami tak galakkan memandangkan ianya tidak banyak membantu dari segi penjimatan masa atau kos anda. Adalah cepat dan mudah jika anda terus melantik syarikat setiausaha yang berpengalaman untuk menguruskannya.
Q. 3 : Jika saya ketika ini sudah memiliki syarikat berhad, bolehkah saya menukarnya kepada syarikat sdn bhd?
A.3 : Ya boleh. Memang ada pilihan di bawah Akta Syarikat 2016 untuk menukar status syarikat dari berhad kepada sdn bhd. Kami di MSIB juga ada menyediakan khidmat menukar status syarikat berhad kepada sdn bhd dengan pakej yang menarik.
Q. 4 : Adakah MSIB berpengalaman menubuhkan syarikat-syarikat bagi membentuk syarikat kumpulan?
A.4 : Ya sudah tentu. Di MSIB kami berpengalaman menubuhkan beberapa syarikat seperti sdn bhd dll. bagi membentuk syarikat kumpulan. Anda hanya perlu berbincang dengan team perunding kami bagi tujuan pemahaman keperluan korporat anda.
Q. 5 : Apa patut saya lakukan jika syarikat sdn bhd saya tidak lagi mampu untuk meneruskan perniagaan?
A.5 : Jika pada bila-bila masa anda merasakan tidak mampu untuk meneruskan perniagaan lagi, segera tutup syarikat tersebut di SSM. Ini bagi mengelakkan sebarang risiko denda, panelti dsb. akibat gagal patuhi keperluan tahunan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016.
Q. 6 : Jika syarikat sdn bhd saya tidak aktif sepanjang tahun, adakah masih perlu hantar laporan tahunan ke SSM?
A.6: Ya perlu dan WAJIB hantar. Syarikat tanpa mengira aktif atau tidak, wajib menghantar laporan tahunan dan laporan akaun beraudit ke SSM setiap tahun. Cuma, bagi syarikat tidak aktif atau aktif tetapi bawah kadar ditetapkan oleh SSM, mereka ada pilihan samada nak buat laporan akaun beraudit tidak.
MSIB Corporate Consultancy Sdn. Bhd.
Co. Reg. No.: 201601003938 (1174864-U)
T3-3-3, Menara 3,
Lingkaran Maju (Maju Link),
Jalan Lingkaran Tengah 2,
57000, Bandar Tasik Selatan, KL.
Tel : 03-9055 3341
Jualan : 012-513 4031 / 4034
Email : ask@companysecretary.my
Tautan Penting
- Tentang Kami
- Gallery Kami
- Hubungi Kami
- Notis Privasi
- Soalan-soalan Lazim (FAQ)
- Terma & Syarat Laman Web
- Polisi Pembatalan & Pemulangan
