SYARIKAT SETIAUSAHA (SYARIKAT SEDIA ADA)

Mengenai Perkhidmatan Syarikat Setiausaha

Seorang Syarikat Setiausaha ialah profesional yang berkelayakan dan dilantik oleh sesebuah syarikat untuk membantu mengurus rekod korporat, keperluan statutori serta memastikan pematuhan terhadap Akta Syarikat 2016 dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Di Malaysia, setiap syarikat diwajibkan melantik sekurang-kurangnya seorang Syarikat Setiausaha yang berkelayakan. Syarikat Setiausaha juga memainkan peranan penting dalam membantu para pengarah mengurus perkara korporat seperti resolusi syarikat, perubahan pengarah dan pemegang saham, urus niaga saham, rekod statutori serta keperluan pematuhan tahunan.

Di MSIB, kami menyediakan perkhidmatan Syarikat Setiausaha untuk syarikat sedia ada yang memerlukan sokongan pematuhan korporat berterusan atau ingin menukar Syarikat Setiausaha semasa.

Pendekatan kami bukan sekadar mengurus rekod dan pemfailan statutori syarikat, tetapi turut menyediakan sokongan pematuhan yang teratur supaya perubahan korporat dapat diurus dengan baik dan syarikat kekal dalam kedudukan pematuhan yang baik seiring perkembangan perniagaan.

Pemilihan Syarikat Setiausaha yang tepat boleh menyumbang kepada kejayaan syarikat anda. Elakkan membuat keputusan berdasarkan bayaran yang murah semata-mata.

MSIB Corporate Consultancy 
Sdn Bhd

10 tahun

Berkhidmat Perniagaan di Malaysia

2400+

Syarikat Telah Berjaya Ditubuhkan

Professional

Sokongan Pematuhan Korporat

National

Perkhidmatan Meliputi Seluruh Negara

Kenapa Usahawan Memilih Kami?
Sokongan Pematuhan Berterusan

Proses Perkhidmatan Tersusun

Pasukan Professional Berpengalaman

Sokongan Atas Talian & Pejabat Fizikal

Langkah Demi Langkah : Bagaimana Melantik MSIB Sebagai Syarikat Setiausaha Baru Anda
1. Isi Borang Atas Talian

Hanya sediakan beberapa info asas bagi memudahkan kami membantu anda.

2. Hubungi & Detail Khidmat

Team kami akan hubungi anda dan menjelaskan khidmat kami lebih detail.

3. Buat Bayaran Atas Talian

Jika anda setuju, boleh buat bayaran & share resit pembayaran dengan kami.

4. Kami Mulakan Proses

Proses kami bermula. Due diligence diikuti dengan proses penubuhan syarikat.

Pakej Khidmat Kami Seperti Berikut
2 Bonus Percuma Anda Dapat
Detail Dalam Yuran Syarikat Setiausaha
Tempoh Proses

5 – 7 Hari Bekerja

HARGA PAKEJ

RM250

Permohonan Perlantikan Syarikat Setiausaha 

RM200 Berurusan Dengan Syarikat Setiausaha Sedia Ada, Set Lengkap Syarikat

Tunggakan Berkaitan Pematuhan Akta Syarikat 2016 (jika ada)

Yuran Syarikat Setiausaha (amaun boleh rujuk jadual di bawah)

JENIS SYARIKATYURAN SYKT. SETIAUSAHA
Sendirian Berhad (Sdn Bhd)RM60 sebulan
Berhad (Bhd)RM125 sebulan
Yayasan / Badan KebajikanRM95 sebulan
Terma & Syarat :
  1. Harga pakej yang dinyatakan di atas hanya terpakai bagi syarikat yang mempunyai pengarah dan pemegang saham warganegara Malaysia serta tidak melibatkan mana-mana pemegang saham korporat. Fi tambahan akan dikenakan bagi pengarah atau pemegang saham warga asing serta pemegang saham korporat.
  2. Bagi tunggakan pematuhan Akta Syarikat 2016 di atas, jumlah fi hanya akan ditentukan selepas kami menyemak status pematuhan syarikat anda. Jumlah tersebut hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada harga pakej sebelum proses pelantikan dimulakan.
  3. Tempoh proses adalah 5–7 hari bekerja selepas semua dokumen dan maklumat berkaitan diterima oleh kami serta tiada tunggakan pematuhan Akta Syarikat 2016 yang masih belum diselesaikan.
  4. Semua bayaran yang telah dibuat di bawah pakej ini adalah tidak boleh dikembalikan.
Soalan-soalan Lazim (F.A.Q.)
S.1 : Syarikat Setiausaha saya sekarang telah meletakkan jawatan. Bolehkah saya melantik MSIB sebagai pengganti?

J.1 : Boleh. Anda hanya perlu memberikan status pematuhan semasa syarikat anda di bawah Akta Syarikat 2016 untuk semakan kami. Jika terdapat sebarang isu pematuhan tertunggak, kami akan mencadangkan langkah yang perlu diambil sebelum pelantikan kami dibuat.

J.2 : Boleh. Berikan kepada kami dokumen lengkap syarikat, maklumat hubungan Syarikat Setiausaha semasa dan status pematuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 untuk semakan. Jika terdapat isu tertunggak, kami akan mencadangkan langkah yang perlu diambil sebelum pelantikan kami.

J.3 : Tidak. Fi bulanan Syarikat Setiausaha meliputi pelantikan berterusan dan sokongan kesetiausahaan berkaitan. Untuk butiran perkhidmatan yang termasuk dalam fi Syarikat Setiausaha, anda boleh klik di sini. Fi berasingan mungkin dikenakan bagi urusan korporat, pemfailan atau perkhidmatan tambahan tertentu.

S.4 : Adakah MSIB menyediakan perkhidmatan secara dalam talian sahaja atau mempunyai pejabat fizikal?

J.4 : Kami menyediakan perkhidmatan secara dalam talian dan juga secara bersemuka di pejabat kami di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, dari Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Kami tutup pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Anda boleh memilih kaedah yang lebih sesuai untuk anda.

J.5 : Fi kami ditetapkan pada kadar yang berpatutan selaras dengan kualiti perkhidmatan dan sokongan profesional yang kami berikan. Di MSIB, kami percaya Syarikat Setiausaha yang dipercayai dan berpengalaman penting bagi setiap syarikat yang serius untuk mengembangkan perniagaan.

J.6 : Sudah tentu. Dengan pengalaman lebih 10 tahun, kami telah membantu usahawan daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan perniagaan. Di MSIB, kami juga menyediakan latihan kepada pengarah syarikat yang ingin meningkatkan pengetahuan dalam tadbir urus korporat dan pematuhan.

MSIB logo small3

MSIB Corporate Consultancy Sdn. Bhd.
Co. Reg. No.: 201601003938 (1174864-U)

T3-3-3, Menara 3, 
Lingkaran Maju (Maju Link),
Jalan Lingkaran Tengah 2, 
57000, Bandar Tasik Selatan, KL.

Tel : 03-9055 3341
Jualan : 012-513 4031 / 4034
Email : ask@companysecretary.my

Kami Berdaftar SSM BizTrust
biztrust_secure_seal