SYARIKAT TERSEDIA (READYMADE)

Pengenalan Syarikat Tersedia (Readymade)

Syarikat Tersedia atau Readymade Company merupakan merujuk kepada syarikat samada sdn bhd atau berhad yang telahpun siap ditubuhkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ianya sedia untuk ditukar hak milik kepada pengarah dan pemegang saham yang baru.

Terdapat banyak sebab kenapa sesetengah usahawan memilih untuk membeli syarikat tersedia berbanding menubuhkan syarikat baru diantaranya sebab kekangan masa. Mereka memerlukan nama syarikat dan nombor pendaftarannya dalam kadar segera. Mungkin disebabkan oleh tawaran tender dan sebagainya.

Ada juga disebabkan oleh tempoh penubuhannya. Syarikat tersedia biasanya mempunyai tempoh penubuhan tertentu yang pastinya bukan baru sahaja didaftarkan di SSM. Walaupun apa sebabnya, setiap usahawan pastinya mempunyai alasan mereka tersendiri kenapa memilih syarikat tersedia berbanding syarikat yang baru ditubuhkan di SSM.

Di MSIB, kami ada menawarkan penjualan syarikat tersedia Sendirian Berhad (Sdn Bhd) yang tempoh penubuhannya sekitar kurang setahun bagi anda yang berminat untuk memilikinya. Kami membantu dari mula proses tukar hakmilik syarikat  di SSM, hinggalah kepada penyediaan dokumen lengkap dan sokongan pematuhan korporat berterusan.

Pendekatan kami bukan sekadar membantu anda memiliki syarikat, tetapi juga memastikan perniagaan anda bermula dengan struktur korporat yang betul dan asas pematuhan yang jelas untuk pertumbuhan jangka panjang.

Kenapa Syarikat Sdn Bhd ?

Seorang Sahaja Kini Boleh Menjadi Pengarah & Pemegang Saham Dalam Syarikat  Sdn Bhd

Lindungi Kekayaan & Legasi Perniagaan Anda Dengan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)

Kenapa Usahawan Memilih Kami?
Sokongan Pematuhan Berterusan

Proses Perkhidmatan Tersusun

Pasukan Professional Berpengalaman

Sokongan Atas Talian & Pejabat Fizikal

Langkah demi Langkah : Bagaimana Memiliki Syarikat Tersedia Dengan Kami
1. Isi Borang Atas Talian

Hanya sediakan beberapa info asas bagi memudahkan kami membantu anda.

2. Hubungi & Detail Khidmat

Team kami akan hubungi anda dan menjelaskan khidmat kami lebih detail.

3. Buat Bayaran Atas Talian

Jika anda setuju, boleh buat bayaran & share resit pembayaran dengan kami.

4. Kami Mulakan Proses

Proses kami bermula. Due diligence diikuti dengan proses penubuhan syarikat.

Pakej Khidmat Kami Seperti Berikut
3 Bonus Percuma Anda Dapat

HARGA PAKEJ

RM2,999

(biasa RM3,499)
Pakej Pembelian Syarikat Tersedia

RM360

(biasa RM720 setahun)
Yuran Syarikat Setiausaha Setahun Pertama

Jumlah Harga Pakej + 8% SST = RM3,627.72

Detail Khidmat Dalam Yuran Syarikat Setiausaha
Muat Turun Rujukan Perkhidmatan

DAPATKAN NAMA & NO. PENDAFTARAN DALAM 1 JAM!

MUAT TURUN SENARAI SYARIKAT TERSEDIA UNTUK DIJUAL DI SINI DAN BUAT PILIHAN SEBELUM TEKAN BUTANG MULA DI BAWAH

Terma & Syarat :
  1. Harga pakej yang dinyatakan di atas hanya terpakai bagi syarikat yang mempunyai pengarah dan pemegang saham warganegara Malaysia serta tidak melibatkan mana-mana pemegang saham korporat. Fi tambahan akan dikenakan bagi pengarah atau pemegang saham warga asing serta pemegang saham korporat.

  2. Bagi melayakkan pelanggan menerima resolusi lembaga pengarah (BOD Resolution) untuk pembukaan akaun bank dan perbankan dalam talian di bawah pakej ini, semua maklumat perbankan yang diperlukan hendaklah diterima oleh pihak kami pada atau sebelum tarikh dokumen lengkap syarikat anda sedia untuk diambil. Sekiranya maklumat tersebut diterima selepas tarikh berkenaan, permohonan tersebut akan dianggap sebagai permohonan biasa bagi penyediaan resolusi bank dan fi resolusi bank yang berkenaan hendaklah dibayar secara berasingan.

  3. Semua bayaran yang telah dibuat di bawah pakej ini adalah tidak boleh dikembalikan.

Soalan-soalan Lazim (F.A.Q.)
S. 1 : Adakah pihak MSIB ada menjual syarikat tersedia berhad, yayasan atau badan kebajikan di bawah SSM?

J.1 : Maaf, pihak kami hanya menjual syarikat tersedia sdn bhd dengan tempoh penubuhan bawah 1 tahun sahaja. Kami tidak menjual syarikat tersedia berhad, yayasan atau badan kebajikan di bawah SSM.

J.2 : Anda akan diberikan nama dan nombor pendafataran syarikat yang dibeli kurang 1 JAM sahaja selepas pembayaran dan pengesahannya dibuat pihak kami. Cuma perlu difahami di sini, proses tukar hakmilik dari pemilik asal kepada nama anda akan mengambil masa anggaran 2-3 minggu. 

J.3 : Bergantung. Sebagaimana penjelasan kami dalam pengenalan di atas, biasanya usahawan sendiri perlu tahu apa sebabnya mereka memerlukan syarikat tersedia berbanding menubuhkan yang baru. Jika anda tidak punyai sebab, daftar syarikat baru adalah pilihan terbaik.

S. 4 : Adakah risiko dari segi liabiliti yang ditinggalkan pemilik sebelumnya jika saya membeli syarikat tersedia?

J.4 : Anda tak perlu bimbang. Tiada risiko liabiliti ditinggalkan pemilik sebelum disebabkan syarikat ini sememangnya ditubuhkan untuk dijual. Tidak pernah digunakan untuk menjalankan sebarang perniagaan.

J.5 : Secara amnya syarikat yang dah beroperasi untuk satu tempoh lebih berpotensi untuk mendapat kelulusan tender dan pinjaman bank berbanding dengan syarikat yang baru ditubuhkan. Pun begitu, kami di MSIB tidak memberikan sebarang jaminan berkaitan perkara ini disebabkan ianya keputusan pihak lain yang tiada kaitan dengan kami dan juga bergantung kepada banyak faktor lain.

J.6 : Kami memberi khidmat kepada pelanggan dari seluruh Malaysia. Urusan boleh diselesaikan secara atas talian sahaja. Dokumen lengkap dengan cop salinan disahkan benar (ctc copy) syarikat setiausaha akan diposkan melalui kurier kepada jika anda memilih kurier sebagai kaedah penghantaran nanti.

MSIB logo small3

MSIB Corporate Consultancy Sdn. Bhd.
Co. Reg. No.: 201601003938 (1174864-U)

T3-3-3, Menara 3, 
Lingkaran Maju (Maju Link),
Jalan Lingkaran Tengah 2, 
57000, Bandar Tasik Selatan, KL.

Tel : 03-9055 3341
Jualan : 012-513 4031 / 4034
Email : ask@companysecretary.my

Kami Berdaftar SSM BizTrust
biztrust_secure_seal