YAYASAN BERDAFTAR DENGAN SSM
Pengenalan Yayasan Berdaftar Dengan SSM
Ianya merupakan sebuah Yayasan yang ditubuhkan sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG) yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Syarikat 2016. Berbeza dengan syarikat biasa yang berhad menurut saham, CLBG tidak mempunyai pemegang saham atau modal saham dan lazimnya ditubuhkan bagi tujuan kebajikan, pendidikan, sosial, keagamaan, kebudayaan, komuniti atau tujuan bukan berasaskan keuntungan lain yang diluluskan.
CLBG diperbadankan sebagai sebuah syarikat awam dan ditadbir berdasarkan Perlembagaannya yang menetapkan objektif, struktur keahlian serta cara Yayasan tersebut diuruskan.
Di bawah keperluan kawal selia terkini, CLBG yang baru diperbadankan perlu didaftarkan dengan perkataan “Berhad” atau “Bhd.” pada akhir namanya. Sebagai contoh, sebuah Yayasan boleh pada awalnya didaftarkan sebagai “Yayasan ABC Berhad.” Selepas diperbadankan, Yayasan boleh memohon kelulusan untuk menggugurkan perkataan “Berhad” atau “Bhd.” daripada namanya, tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan.
Salah satu keperluan utama bagi permohonan tersebut ialah Yayasan mempunyai dana tunai permulaan sebanyak RM1 juta dalam akaun banknya. Setelah sumber kewangan yang diperlukan tersedia, permohonan boleh dibuat untuk mendapatkan kelulusan supaya Yayasan beroperasi tanpa perkataan “Berhad” atau “Bhd.” pada namanya.
Struktur ini membolehkan organisasi menubuhkan sebuah Yayasan yang ditadbir secara profesional di bawah Akta Syarikat 2016, dengan entiti undang-undang yang diiktiraf untuk melaksanakan objektif dan aktiviti yang diluluskan.
Kenapa Yayasan (SSM) ?
- Perlindungan Liabiliti Terhad
- Struktur Tadbir Urus Lebih Kukuh
- Entiti Undang-Undang Berasingan
- Platform Pengumpulan Dana Tersusun
- Sesuai Untuk Inisiatif Sosial Lebih Besar
- Kredibiliti Awam & Penderma Lebih Tinggi
- Kesinambungan Jangka Panjang Lebih Baik
Minimum Dua Orang Sahaja Diperlukan Untuk Menubuhkan Sebuah Yayasan (SSM)
Tingkatkan Kredibiliti & Kepercayaan Awam Dengan Yayasan (SSM)
Pertanyaan? WhatsApp Kami
Kenapa Yayasan & NGO Memilih Kami?
Sokongan Pematuhan Berterusan
Proses Perkhidmatan Tersusun
Pasukan Professional Berpengalaman
Sokongan Atas Talian & Pejabat Fizikal
Langkah demi Langkah : Bagaimana Memulakan Syarikat Sdn Bhd Dengan Kami
1. Isi Borang Atas Talian
Hanya sediakan beberapa info asas bagi memudahkan kami membantu anda.
2. Hubungi & Detail Khidmat
Team kami akan hubungi anda dan menjelaskan khidmat kami lebih detail.
3. Buat Bayaran Atas Talian
Jika anda setuju, boleh buat bayaran & share resit pembayaran dengan kami.
4. Kami Mulakan Proses
Proses kami bermula. Due diligence diikuti dengan proses penubuhan syarikat.
Pakej Khidmat Kami Seperti Berikut
- 2x Carian nama rasmi
- Carian nama tak rasmi tanpa had
- 4 pemegang amanah dan ahli
- 4x Tapisan pelanggan di bawah AMLA
- Permohonan melalui sistem CRS SSM
- Penyediaan kertas kerja & serahsimpan ke SSM/Menteri
- Penyediaan perlembagaan & serahsimpan ke SSM/Menteri
- Tandatangan dokumen oleh setiausaha syarikat
- Pembayaran duti stem perlembagaan ke LHDN
- Pembayaran pendaftaran ke SSM
- Menjawab kueri, perbincangan, susulan dengan SSM/Menteri
- Sijil penubuhan yayasan
- 2x Resolusi ALP untuk membuka akaun bank
- 2x Resolusi ALP untuk membuka perbankan atas talian
- 3x Set dokumen lengkap syarikat
- Mesyuarat ALP pertama (kertas mesyuarat)
- Penyediaan, kemaskini dan penjagaan buku minit & daftar syarikat
- Konsultansi professional berkaitan penubuhan yayasan
3 Bonus Percuma Anda Dapat
- 6 Bulan Yuran Syarikat Setiausaha (Bernilai RM570)
- 4x Notis & Deklarasi Pemunyaan Benefisial (Bernilai RM1000)
- 24 Jam Sehari, 7 Hari Seminggu Akses Sokongan Channel Telegram
Harga Pakej
Detail Khidmat Yuran Syarikat Setiausaha
Tempoh Proses
2 – 3 Bulan
Pertanyaan? WhatsApp Kami
Terma & Syarat :
Harga pakej yang dinyatakan di atas hanya terpakai bagi syarikat yang mempunyai pengarah dan pemegang saham warganegara Malaysia serta tidak melibatkan mana-mana pemegang saham korporat. Fi tambahan akan dikenakan bagi pengarah atau pemegang saham warga asing serta pemegang saham korporat.
Bagi melayakkan pelanggan menerima resolusi lembaga pengarah (BOD Resolution) untuk pembukaan akaun bank dan perbankan dalam talian di bawah pakej ini, semua maklumat perbankan yang diperlukan hendaklah diterima oleh pihak kami pada atau sebelum tarikh penubuhan syarikat. Sekiranya maklumat tersebut diterima selepas tarikh berkenaan, permohonan tersebut akan dianggap sebagai permohonan biasa bagi penyediaan resolusi bank dan fi resolusi bank yang berkenaan hendaklah dibayar secara berasingan.
Semua bayaran yang telah dibuat di bawah pakej ini adalah tidak boleh dikembalikan.
Soalan-soalan Lazim (F.A.Q.)
S. 1 : Berdasarkan pakej penubuhan yayasan di atas, adakah ianya lengkap untuk penubuhan sebuah yayasan di SSM, ada sebarang caj tersembunyi?
J.1 : Secara amnya pakej yang kami senaraikan di atas sudah lengkap untuk menubuhkan sebuah yayasan di SSM. Melainkan jika anda meminta sesuatu yang lebih dari apa yang diperlukan sebagaimana yang didetailkan dalam senarai sevice pakej diatas secara terperinci. Tiada apa yang tersembunyi.
S. 2 : Adakah MSIB menyediakan perkhidmatan secara dalam talian (online) sahaja atau sebenarnya mempunyai pejabat fizikal?
J.2 : Kami menyediakan perkhidmatan secara dalam talian dan juga secara bersemuka di pejabat kami di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, dari Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Kami tutup pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Anda boleh memilih kaedah yang lebih sesuai untuk anda.
S. 3 : Adakah fi bulanan Syarikat Setiausaha merangkumi semua pemfailan SSM dan perubahan korporat?
J.3 : Tidak. Fi bulanan Syarikat Setiausaha meliputi pelantikan berterusan dan sokongan kesetiausahaan berkaitan. Untuk butiran perkhidmatan yang termasuk dalam fi Syarikat Setiausaha, anda boleh klik di sini. Fi berasingan mungkin dikenakan bagi urusan korporat, pemfailan atau perkhidmatan tambahan tertentu.
S. 4 : Adakah Yayasan di daftarkan di SSM perlu melantik setiausaha syarikat bertauliah juga sebagaimana syarikat sdn bhd dan berhad?
J.4 : Ya betul. Yayasan yang di daftarkan di SSM juga diwajibkan oleh Akta Syarikat 2016 untuk melantik minimum seorang setiausaha syarikat bertauliah sebagaimana syarikat sdn bhd dan berhad yang lain selewatnya 30 hari selepas yayasan ditubuhkan di SSM.
S. 5 : Adakah MSIB menawarkan khidmat Syarikat Setiausaha dengan harga lebih murah berbanding firma lain?
J.5 : Fi kami ditetapkan pada kadar yang berpatutan selaras dengan kualiti perkhidmatan dan sokongan profesional yang kami berikan. Di MSIB, kami percaya Syarikat Setiausaha yang dipercayai dan berpengalaman penting bagi setiap syarikat yang serius untuk mengembangkan perniagaan.
S. 6 : Pengetahuan saya tentang penubuhan Yayasan agak terhad. Bolehkah MSIB membantu saya?
J.6: Sudah tentu. Dengan pengalaman lebih 10 tahun, kami telah membantu menubuhkan lebih 150 buah Yayasan dengan pelbagai aktiviti penubuhan. Di MSIB, kami juga menyediakan latihan kepada pemegang amanah yang ingin meningkatkan pengetahuan dalam tadbir urus korporat dan pematuhan Yayasan.
MSIB Corporate Consultancy Sdn. Bhd.
Co. Reg. No.: 201601003938 (1174864-U)
T3-3-3, Menara 3,
Lingkaran Maju (Maju Link),
Jalan Lingkaran Tengah 2,
57000, Bandar Tasik Selatan, KL.
Tel : 03-9055 3341
Jualan : 012-513 4031 / 4034
Email : ask@companysecretary.my
Tautan Penting
- Tentang Kami
- Gallery Kami
- Hubungi Kami
- Notis Privasi
- Soalan-soalan Lazim (FAQ)
- Terma & Syarat Laman Web
- Polisi Pembatalan & Pemulangan
