YAYASAN BERDAFTAR DENGAN JPM
Pengenalan Yayasan Berdaftar Dengan JPM
Ianya merupakan sebuah yayasan yang boleh ditubuhkan melalui pemerbadanan pemegang amanah di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dan didaftarkan dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM). Struktur ini lazim digunakan bagi tujuan kebajikan, pendidikan, keagamaan, sosial dan tujuan bukan berasaskan keuntungan lain yang diluluskan.
Berbeza dengan yayasan berdaftar di SSM, Yayasan jenis ini ditubuhkan melalui pemerbadanan pemegang amanahnya. Setelah diperbadankan, ia menjadi sebuah pertubuhan perbadanan dengan identiti undang-undang berasingan, yang membolehkan Yayasan memiliki dan mengurus aset atas nama perbadanannya sendiri.
Yayasan secara amnya ditadbir berdasarkan Surat Ikatan Amanah (Trust Deed) yang menetapkan objektif, struktur pemegang amanah, kuasa serta cara dana dan aktivitinya diuruskan. Pemegang amanah bertanggungjawab memastikan Yayasan beroperasi selaras dengan objektif yang diluluskan dan keperluan yang terpakai di bawah Akta 258.
Proses pemerbadanan melibatkan penyerahan dokumen dan maklumat yang ditetapkan berkaitan Yayasan, objektifnya, pemegang amanah serta cadangan struktur tadbir urus untuk pertimbangan BHEUU. Kelulusan tertakluk kepada keperluan yang berkenaan dan penilaian oleh pihak berkuasa berkaitan.
Setelah diperbadankan, Yayasan juga tertakluk kepada keperluan pematuhan berterusan, termasuk penyerahan laporan aktiviti tahunan dan penyata kewangan beraudit. Struktur ini menyediakan rangka kerja undang-undang yang diiktiraf bagi organisasi yang menjalankan aktiviti kebajikan dan aktiviti lain yang diluluskan dengan kesinambungan serta akauntabiliti yang lebih baik.
Kenapa Yayasan (JPM) ?
- Perlindungan Liabiliti Terhad
- Struktur Tadbir Urus Lebih Kukuh
- Entiti Undang-Undang Berasingan
- Platform Pengumpulan Dana Tersusun
- Sesuai Untuk Inisiatif Sosial Lebih Besar
- Kredibiliti Awam & Penderma Lebih Tinggi
- Kesinambungan Jangka Panjang Lebih Baik
Minimum Dua Orang Sahaja Diperlukan Untuk Menubuhkan Sebuah Yayasan (JPM)
Tingkatkan Kredibiliti & Kepercayaan Awam Dengan Yayasan (JPM)
Pertanyaan? WhatsApp Kami
Kenapa Yayasan & NGO Memilih Kami?
Sokongan Pematuhan Berterusan
Proses Perkhidmatan Tersusun
Pasukan Professional Berpengalaman
Sokongan Atas Talian & Pejabat Fizikal
Langkah demi Langkah : Bagaimana Memulakan Yayasan Dengan Kami
1. Isi Borang Atas Talian
Hanya sediakan beberapa info asas bagi memudahkan kami membantu anda.
2. Hubungi & Detail Khidmat
Team kami akan hubungi anda dan menjelaskan khidmat kami lebih detail.
3. Buat Bayaran Atas Talian
Jika anda setuju, boleh buat bayaran & share resit pembayaran dengan kami.
4. Kami Mulakan Proses
Proses kami bermula. Due diligence diikuti dengan proses penubuhan syarikat.
Pakej Khidmat Kami Seperti Berikut
- 2x Carian nama rasmi
- Carian nama tak rasmi tanpa had
- 2 pengasas yayasan
- 4 pemegang amanah dan ahli
- 6x Tapisan pelanggan di bawah AMLA
- Permohonan melalui sistem MyTrust JPM
- Penyediaan kertas kerja & serahsimpan ke JPM/Menteri
- Penyediaan perlembagaan & serahsimpan ke JPM/Menteri
- Carian kebankrapan di MDI
- Pembayaran duti stem perlembagaan ke LHDN
- Pembayaran pendaftaran ke JPM
- Menjawab kueri, perbincangan, susulan dengan JPM/Menteri
- Sijil penubuhan yayasan
- 2x Resolusi ALP untuk membuka akaun bank
- 2x Resolusi ALP untuk membuka perbankan atas talian
- 3x Set dokumen lengkap yayasan
- Comman seal
- Konsultansi professional berkaitan penubuhan yayasan
3 Bonus Percuma Anda Dapat
- 6 Bulan Yuran Syarikat Setiausaha (Bernilai RM570)
- 6x Notis & Deklarasi Pemunyaan Benefisial (Bernilai RM1500)
- 24 Jam Sehari, 7 Hari Seminggu Akses Sokongan Channel Telegram
Harga Pakej
Detail Khidmat Yuran Syarikat Setiausaha
Tempoh Proses
8 – 12 Bulan
Pertanyaan? WhatsApp Kami
Terma & Syarat :
Harga pakej yang dinyatakan di atas hanya terpakai bagi syarikat yang mempunyai pengarah dan pemegang saham warganegara Malaysia serta tidak melibatkan mana-mana pemegang saham korporat. Fi tambahan akan dikenakan bagi pengarah atau pemegang saham warga asing serta pemegang saham korporat.
Bagi melayakkan pelanggan menerima resolusi lembaga pengarah (BOD Resolution) untuk pembukaan akaun bank dan perbankan dalam talian di bawah pakej ini, semua maklumat perbankan yang diperlukan hendaklah diterima oleh pihak kami pada atau sebelum tarikh penubuhan syarikat. Sekiranya maklumat tersebut diterima selepas tarikh berkenaan, permohonan tersebut akan dianggap sebagai permohonan biasa bagi penyediaan resolusi bank dan fi resolusi bank yang berkenaan hendaklah dibayar secara berasingan.
Semua bayaran yang telah dibuat di bawah pakej ini adalah tidak boleh dikembalikan.
Soalan-soalan Lazim (F.A.Q.)
S. 1 : Berdasarkan pakej penubuhan yayasan di atas, adakah ianya lengkap untuk penubuhan sebuah yayasan di JPM, ada sebarang caj tersembunyi?
J.1 : Secara amnya pakej yang kami senaraikan di atas sudah lengkap untuk menubuhkan sebuah yayasan di JPM. Melainkan jika anda meminta sesuatu yang lebih dari apa yang diperlukan sebagaimana yang didetailkan dalam senarai sevice pakej diatas secara terperinci. Tiada apa yang tersembunyi.
S. 2 : Adakah MSIB menyediakan perkhidmatan secara dalam talian (online) sahaja atau sebenarnya mempunyai pejabat fizikal?
J.2 : Kami menyediakan perkhidmatan secara dalam talian dan juga secara bersemuka di pejabat kami di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, dari Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Kami tutup pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Anda boleh memilih kaedah yang lebih sesuai untuk anda.
S. 3 : Adakah fi bulanan Syarikat Setiausaha merangkumi semua pemfailan JPM dan perubahan korporat?
J.3 : Tidak. Fi bulanan Syarikat Setiausaha meliputi pelantikan berterusan dan sokongan kesetiausahaan berkaitan. Untuk butiran perkhidmatan yang termasuk dalam fi Syarikat Setiausaha, anda boleh klik di sini. Fi berasingan mungkin dikenakan bagi urusan korporat, pemfailan atau perkhidmatan tambahan tertentu.
S. 4 : Adakah Yayasan di daftarkan di JPM perlu melantik setiausaha syarikat bertauliah juga sebagaimana syarikat sdn bhd dan berhad?
J.4 : Tidak diwajibkan. Pun begitu, perlantikan setiausaha syarikat bertauliah berpengalaman terbukti membantu pemegang amanah yayasan dalam aspek pematuhan terutamanya penyediaan laporan tahunan dan laporan audit untuk diserahsimpan ke JPM setiap tahun.
S. 5 : Adakah MSIB menawarkan khidmat Syarikat Setiausaha dengan harga lebih murah berbanding firma lain?
J.5 : Fi kami ditetapkan pada kadar yang berpatutan selaras dengan kualiti perkhidmatan dan sokongan profesional yang kami berikan. Di MSIB, kami percaya Syarikat Setiausaha yang dipercayai dan berpengalaman penting bagi setiap syarikat yang serius untuk mengembangkan perniagaan.
S. 6 : Pengetahuan saya tentang penubuhan Yayasan agak terhad. Bolehkah MSIB membantu saya?
J.6: Sudah tentu. Dengan pengalaman lebih 10 tahun, kami telah membantu menubuhkan lebih 150 buah Yayasan dengan pelbagai aktiviti penubuhan. Di MSIB, kami juga menyediakan latihan kepada pemegang amanah yang ingin meningkatkan pengetahuan dalam tadbir urus korporat dan pematuhan Yayasan.
MSIB Corporate Consultancy Sdn. Bhd.
Co. Reg. No.: 201601003938 (1174864-U)
T3-3-3, Menara 3,
Lingkaran Maju (Maju Link),
Jalan Lingkaran Tengah 2,
57000, Bandar Tasik Selatan, KL.
Tel : 03-9055 3341
Jualan : 012-513 4031 / 4034
Email : ask@companysecretary.my
Tautan Penting
- Tentang Kami
- Gallery Kami
- Hubungi Kami
- Notis Privasi
- Soalan-soalan Lazim (FAQ)
- Terma & Syarat Laman Web
- Polisi Pembatalan & Pemulangan
