SYARIKAT BERHAD (BHD)
Pengenalan Syarikat Berhad (Bhd)
Syarikat Berhad merupakan antara entiti perniagaan yang sesuai untuk perniagaan yang lebih besar, organisasi yang sedang berkembang dan memerlukan akses kepada sumber modal yang lebih luas.
Berbanding Syarikat Sendirian Berhad yang terhad kepada tidak lebih 50 pemegang saham, Syarikat Berhad membolehkan syarikat mempunyai jumlah pemegang saham yang lebih ramai. Ini memberikan ruang yang lebih besar kepada syarikat untuk mendapatkan modal daripada lebih ramai pelabur bagi membiayai perkembangan dan perancangan perniagaan pada skala yang lebih besar.
Seperti Syarikat Sendirian Berhad, Syarikat Berhad mempunyai identiti undang-undang yang berasingan daripada pemegang sahamnya. Syarikat boleh membuat kontrak, memiliki aset dan menjalankan perniagaan atas namanya sendiri, tertakluk kepada Akta Syarikat 2016 dan undang-undang berkaitan.
Di MSIB, kami membantu pelanggan sepanjang proses penubuhan Syarikat Berhad — daripada penyediaan struktur dan maklumat awal syarikat, penyerahan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), hinggalah kepada penyediaan dokumen selepas penubuhan serta sokongan pematuhan korporat berterusan.
Kenapa Syarikat Berhad ?
- Kesinambungan Syarikat
- Akses Kepada Modal Tinggi
- Perlindungan Liabiliti Terhad
- Keupayaan Menambah Modal
- Lebih Sesuai untuk Pertumbuhan
- Entiti Undang-Undang Berasingan
- Kredibiliti Perniagaan Lebih Tinggi
Minimum 2 orang Diperlukan Untuk Menubuhkan Syarikat Berhad (Bhd) di SSM
Lindungi Kekayaan, Empayar & Legasi Perniagaan Anda Dengan Syarikat Berhad (Bhd)
Kenapa Usahawan Memilih Kami?
Sokongan Pematuhan Berterusan
Proses Perkhidmatan Tersusun
Pasukan Professional Berpengalaman
Sokongan Atas Talian & Pejabat Fizikal
Langkah demi Langkah : Bagaimana Memulakan Syarikat Berhad Dengan Kami
1. Isi Borang Atas Talian
Hanya sediakan beberapa info asas bagi memudahkan kami membantu anda.
2. Hubungi & Detail Khidmat
Team kami akan hubungi anda dan menjelaskan khidmat kami lebih detail.
3. Buat Bayaran Atas Talian
Jika anda setuju, boleh buat bayaran & share resit pembayaran dengan kami.
4. Kami Mulakan Proses
Proses kami bermula. Due diligence diikuti dengan proses penubuhan syarikat.
Pakej Khidmat Kami Seperti Berikut
- 4x Carian nama rasmi
- Carian nama tak rasmi tanpa had
- 4 Pengarah dan pemegang saham
- 4x Tapisan pelanggan di bawah AMLA
- Modal berbayar permulaan maksimum RM7,000
- Permohonan melalui sistem CRS SSM
- Tandatangan dokumen oleh setiausaha syarikat
- Bayaran pendaftaran ke SSM
- Sijil penubuhan syarikat
- 2x Resolusi ALP untuk membuka akaun bank
- 2x Resolusi ALP untuk membuka perbankan atas talian
- 3x Set dokumen lengkap syarikat
- Mesyuarat ALP pertama (kertas mesyuarat)
- Penyediaan & serahsimpan deklarasi permulaan perniagaan ke SSM
- Pengesahan kelayakan untuk memulakan perniagaan
- Penyediaan, kemaskini dan penjagaan buku minute & daftar syarikat
- Konsultansi professional berkaitan khidmat ini
3 Bonus Percuma Anda Dapat
- 6 Bulan Yuran Syarikat Setiausaha (Bernilai RM750)
- 4x Notis & Deklarasi Pemunyaan Benefisial (Bernilai RM1000)
- 24 Jam Sehari, 7 Hari Seminggu Akses Sokongan Channel Telegram
HARGA PAKEJ
RM6,499
(biasa RM7,499)
Pakej Penubuhan Syarikat Berhad
RM750
(biasa RM1,500 setahun)
Yuran Syarikat Setiausaha Setahun Pertama
Jumlah Harga Pakej + 8% SST = RM7,828.92
Detail Khidmat Dalam Yuran Syarikat Setiausaha
Tempoh Proses
15 Hari Bekerja
Terma & Syarat :
-
Harga pakej yang dinyatakan di atas hanya terpakai bagi syarikat yang mempunyai pengarah dan pemegang saham warganegara Malaysia serta tidak melibatkan mana-mana pemegang saham korporat. Fi tambahan akan dikenakan bagi pengarah atau pemegang saham warga asing serta pemegang saham korporat.
-
Bagi melayakkan pelanggan menerima resolusi lembaga pengarah (BOD Resolution) untuk pembukaan akaun bank dan perbankan dalam talian di bawah pakej ini, semua maklumat perbankan yang diperlukan hendaklah diterima oleh pihak kami pada atau sebelum tarikh sijil pemerbadanan dikeluarkan oleh SSM. Sekiranya maklumat tersebut diterima selepas tarikh berkenaan, permohonan tersebut akan dianggap sebagai permohonan biasa bagi penyediaan resolusi bank dan fi resolusi bank yang berkenaan hendaklah dibayar secara berasingan.
-
Semua bayaran yang telah dibuat di bawah pakej ini adalah tidak boleh dikembalikan.
Soalan-soalan Lazim (F.A.Q.)
Q. 1 : Apa syarat minimum untuk menubuhkan sebuah syarikat berhad di Malaysia?
A.1 : Untuk menubuhkan syarikat berhad, anda perlu mempunyai minimum 2 orang pengarah dan pemegang saham yang berkelayakan serta melantik syarikat setiausaha yang berpengalaman untuk menguruskan penubuhannya serta mengendalikan pematuhan tahunan syarikat ini.
Q. 2 : Bolehkah saya sendiri menubuhkan syarikat berhad di SSM tanpa melantik syarikat setiausaha?
A.2 : Secara amnya ada peringkat proses penubuhan syarikat berhad yang anda boleh lakukan sendiri. Namun, kami tak galakkan memandangkan ianya tidak banyak membantu dari segi penjimatan masa atau kos anda. Adalah cepat dan mudah jika anda terus melantik syarikat setiausaha yang berpengalaman untuk uruskannya.
Q. 3 : Jika saya sudah memiliki syarikat sdn bhd, bolehkah saya menukarnya kepada syarikat berhad?
A.3 : Ya boleh. Memang ada pilihan di bawah Akta Syarikat 2016 untuk menukar status syarikat dari sdn bhd kepada berhad. Kami di MSIB juga ada menyediakan khidmat menukar status syarikat sdn bhd kepada berhad dengan pakej yang menarik.
Q. 4 : Adakah MSIB menyediakan khidmat untuk menyenaraikan syarikat berhad di BSKL?
A.4 : Tidak. Kami tidak menyediakan perkhidmatan untuk menyenaraikan syarikat berhad di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Perkhidmatan kami hanya berkaitan penubuhan syarikat berhad di SSM bersekali dengan permohonan sijil memulakan perniagaan serta membantu pematuhannya setiap tahun.
Q. 5 : Adakah menjadi satu kesalahan apabila syarikat berhad tidak disenaraikan di BSKL?
A.5 : Tidak sama sekali. Penyenaraian syarikat berhad di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) merupakan satu pilihan sahaja untuk mengumpulkan modal yang lebih besar dari pasaran modal yang popular di Malaysia. Adalah menjadi perkara yang sangat biasa syarikat berhad tidak disenaraikan di BSKL.
Q. 6 : Apa sebenarnya kelebihan ketara yang menyebabkan saya perlu memilih syarikat berhad berbanding sdn bhd?
A.6 : Kelebihan paling ketara syarikat berhad adalah pada potensinya untuk mengumpul modal yang banyak dari pemegang saham lebih 50 orang (maksimum sdn bhd 50 orang pemegang saham shj). Syarikat berhad juga boleh membuka sahamnya kepada orang awam dan boleh disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
MSIB Corporate Consultancy Sdn. Bhd.
Co. Reg. No.: 201601003938 (1174864-U)
T3-3-3, Menara 3,
Lingkaran Maju (Maju Link),
Jalan Lingkaran Tengah 2,
57000, Bandar Tasik Selatan, KL.
Tel : 03-9055 3341
Jualan : 012-513 4031 / 4034
Email : ask@companysecretary.my
Tautan Penting
- Tentang Kami
- Gallery Kami
- Hubungi Kami
- Notis Privasi
- Soalan-soalan Lazim (FAQ)
- Terma & Syarat Laman Web
- Polisi Pembatalan & Pemulangan
