SYARIKAT TERSEDIA (READYMADE)
Pengenalan Syarikat Tersedia (Readymade)
Syarikat Tersedia atau Readymade Company merupakan merujuk kepada syarikat samada sdn bhd atau berhad yang telahpun siap ditubuhkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ianya sedia untuk ditukar hak milik kepada pengarah dan pemegang saham yang baru.
Terdapat banyak sebab kenapa sesetengah usahawan memilih untuk membeli syarikat tersedia berbanding menubuhkan syarikat baru diantaranya sebab kekangan masa. Mereka memerlukan nama syarikat dan nombor pendaftarannya dalam kadar segera. Mungkin disebabkan oleh tawaran tender dan sebagainya.
Ada juga disebabkan oleh tempoh penubuhannya. Syarikat tersedia biasanya mempunyai tempoh penubuhan tertentu yang pastinya bukan baru sahaja didaftarkan di SSM. Walaupun apa sebabnya, setiap usahawan pastinya mempunyai alasan mereka tersendiri kenapa memilih syarikat tersedia berbanding syarikat yang baru ditubuhkan di SSM.
Di MSIB, kami ada menawarkan penjualan syarikat tersedia Sendirian Berhad (Sdn Bhd) yang tempoh penubuhannya sekitar kurang setahun bagi anda yang berminat untuk memilikinya. Kami membantu dari mula proses tukar hakmilik syarikat di SSM, hinggalah kepada penyediaan dokumen lengkap dan sokongan pematuhan korporat berterusan.
Pendekatan kami bukan sekadar membantu anda memiliki syarikat, tetapi juga memastikan perniagaan anda bermula dengan struktur korporat yang betul dan asas pematuhan yang jelas untuk pertumbuhan jangka panjang.
Kenapa Syarikat Sdn Bhd ?
- Kesinambungan Syarikat
- Perlindungan Liabiliti Terhad
- Keupayaan Menambah Modal
- Struktur Pemilikan Lebih Mudah
- Lebih Sesuai untuk Pertumbuhan
- Entiti Undang-Undang Berasingan
- Kredibiliti Perniagaan Lebih Tinggi
Seorang Sahaja Kini Boleh Menjadi Pengarah & Pemegang Saham Dalam Syarikat Sdn Bhd
Lindungi Kekayaan & Legasi Perniagaan Anda Dengan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)
Kenapa Usahawan Memilih Kami?
Sokongan Pematuhan Berterusan
Proses Perkhidmatan Tersusun
Pasukan Professional Berpengalaman
Sokongan Atas Talian & Pejabat Fizikal
Langkah demi Langkah : Bagaimana Memiliki Syarikat Tersedia Dengan Kami
1. Isi Borang Atas Talian
Hanya sediakan beberapa info asas bagi memudahkan kami membantu anda.
2. Hubungi & Detail Khidmat
Team kami akan hubungi anda dan menjelaskan khidmat kami lebih detail.
3. Buat Bayaran Atas Talian
Jika anda setuju, boleh buat bayaran & share resit pembayaran dengan kami.
4. Kami Mulakan Proses
Proses kami bermula. Due diligence diikuti dengan proses penubuhan syarikat.
Pakej Khidmat Kami Seperti Berikut
- Bayaran pembelian syarikat tersedia
- Perletakan jawatan & perlantikan 2 pengarah
- Pemindahan saham untuk 2 pemegang saham baru
- Bayaran duti stem suratcara pindahan saham ke LHDN
- 2x Tapisan pelanggan di bawah AMLA
- Sijil penubuhan syarikat (borang S.17)
- 2x Resolusi ALP untuk membuka akaun bank
- 2x Resolusi ALP untuk membuka perbankan atas talian
- Tandatangan dokumen oleh setiausaha syarikat
- 3x Set dokumen lengkap syarikat
- Mesyuarat ALP pertama (kertas mesyuarat)
- Penyediaan, kemaskini dan penjagaan buku minute & daftar syarikat
- Konsultansi professional berkaitan khidmat ini
3 Bonus Percuma Anda Dapat
- 6 Bulan Yuran Syarikat Setiausaha (Bernilai RM360)
- 2x Notis & Deklarasi Pemunyaan Benefisial (Bernilai RM500)
- 24 Jam Sehari, 7 Hari Seminggu Akses Sokongan Channel Telegram
HARGA PAKEJ
RM2,999
(biasa RM3,499)
Pakej Pembelian Syarikat Tersedia
RM360
(biasa RM720 setahun)
Yuran Syarikat Setiausaha Setahun Pertama
Jumlah Harga Pakej + 8% SST = RM3,627.72
Detail Khidmat Dalam Yuran Syarikat Setiausaha
Muat Turun Rujukan Perkhidmatan
DAPATKAN NAMA & NO. PENDAFTARAN DALAM 1 JAM!
MUAT TURUN SENARAI SYARIKAT TERSEDIA UNTUK DIJUAL DI SINI DAN BUAT PILIHAN SEBELUM TEKAN BUTANG MULA DI BAWAH
Terma & Syarat :
-
Harga pakej yang dinyatakan di atas hanya terpakai bagi syarikat yang mempunyai pengarah dan pemegang saham warganegara Malaysia serta tidak melibatkan mana-mana pemegang saham korporat. Fi tambahan akan dikenakan bagi pengarah atau pemegang saham warga asing serta pemegang saham korporat.
-
Bagi melayakkan pelanggan menerima resolusi lembaga pengarah (BOD Resolution) untuk pembukaan akaun bank dan perbankan dalam talian di bawah pakej ini, semua maklumat perbankan yang diperlukan hendaklah diterima oleh pihak kami pada atau sebelum tarikh dokumen lengkap syarikat anda sedia untuk diambil. Sekiranya maklumat tersebut diterima selepas tarikh berkenaan, permohonan tersebut akan dianggap sebagai permohonan biasa bagi penyediaan resolusi bank dan fi resolusi bank yang berkenaan hendaklah dibayar secara berasingan.
-
Semua bayaran yang telah dibuat di bawah pakej ini adalah tidak boleh dikembalikan.
Soalan-soalan Lazim (F.A.Q.)
S. 1 : Adakah pihak MSIB ada menjual syarikat tersedia berhad, yayasan atau badan kebajikan di bawah SSM?
J.1 : Maaf, pihak kami hanya menjual syarikat tersedia sdn bhd dengan tempoh penubuhan bawah 1 tahun sahaja. Kami tidak menjual syarikat tersedia berhad, yayasan atau badan kebajikan di bawah SSM.
S. 2 : Berapa cepat saya boleh mendapatkan nama dan nombor pendaftaran syarikat tersedia ini?
J.2 : Anda akan diberikan nama dan nombor pendafataran syarikat yang dibeli kurang 1 JAM sahaja selepas pembayaran dan pengesahannya dibuat pihak kami. Cuma perlu difahami di sini, proses tukar hakmilik dari pemilik asal kepada nama anda akan mengambil masa anggaran 2-3 minggu.
S. 3 : Mana lebih baik, daftar syarikat sdn bhd baru atau beli syarikat sdn bhd tersedia ini?
J.3 : Bergantung. Sebagaimana penjelasan kami dalam pengenalan di atas, biasanya usahawan sendiri perlu tahu apa sebabnya mereka memerlukan syarikat tersedia berbanding menubuhkan yang baru. Jika anda tidak punyai sebab, daftar syarikat baru adalah pilihan terbaik.
S. 4 : Adakah risiko dari segi liabiliti yang ditinggalkan pemilik sebelumnya jika saya membeli syarikat tersedia?
J.4 : Anda tak perlu bimbang. Tiada risiko liabiliti ditinggalkan pemilik sebelum disebabkan syarikat ini sememangnya ditubuhkan untuk dijual. Tidak pernah digunakan untuk menjalankan sebarang perniagaan.
S. 5 : Adakah ianya lebih mudah mendapatkan tender dan pinjaman bank menggunakan syarikat tersedia?
J.5 : Secara amnya syarikat yang dah beroperasi untuk satu tempoh lebih berpotensi untuk mendapat kelulusan tender dan pinjaman bank berbanding dengan syarikat yang baru ditubuhkan. Pun begitu, kami di MSIB tidak memberikan sebarang jaminan berkaitan perkara ini disebabkan ianya keputusan pihak lain yang tiada kaitan dengan kami dan juga bergantung kepada banyak faktor lain.
S. 6 : Saya tinggal di luar Kuala Lumpur / Selangor. Perlu datang ke MSIB juga ke jika nak beli syarikat tersedia?
J.6 : Kami memberi khidmat kepada pelanggan dari seluruh Malaysia. Urusan boleh diselesaikan secara atas talian sahaja. Dokumen lengkap dengan cop salinan disahkan benar (ctc copy) syarikat setiausaha akan diposkan melalui kurier kepada jika anda memilih kurier sebagai kaedah penghantaran nanti.
MSIB Corporate Consultancy Sdn. Bhd.
Co. Reg. No.: 201601003938 (1174864-U)
T3-3-3, Menara 3,
Lingkaran Maju (Maju Link),
Jalan Lingkaran Tengah 2,
57000, Bandar Tasik Selatan, KL.
Tel : 03-9055 3341
Jualan : 012-513 4031 / 4034
Email : ask@companysecretary.my
Tautan Penting
- Tentang Kami
- Gallery Kami
- Hubungi Kami
- Notis Privasi
- Soalan-soalan Lazim (FAQ)
- Terma & Syarat Laman Web
- Polisi Pembatalan & Pemulangan
