SYARIKAT SETIAUSAHA (SYARIKAT SEDIA ADA)
Mengenai Perkhidmatan Syarikat Setiausaha
Seorang Syarikat Setiausaha ialah profesional yang berkelayakan dan dilantik oleh sesebuah syarikat untuk membantu mengurus rekod korporat, keperluan statutori serta memastikan pematuhan terhadap Akta Syarikat 2016 dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Di Malaysia, setiap syarikat diwajibkan melantik sekurang-kurangnya seorang Syarikat Setiausaha yang berkelayakan. Syarikat Setiausaha juga memainkan peranan penting dalam membantu para pengarah mengurus perkara korporat seperti resolusi syarikat, perubahan pengarah dan pemegang saham, urus niaga saham, rekod statutori serta keperluan pematuhan tahunan.
Di MSIB, kami menyediakan perkhidmatan Syarikat Setiausaha untuk syarikat sedia ada yang memerlukan sokongan pematuhan korporat berterusan atau ingin menukar Syarikat Setiausaha semasa.
Pendekatan kami bukan sekadar mengurus rekod dan pemfailan statutori syarikat, tetapi turut menyediakan sokongan pematuhan yang teratur supaya perubahan korporat dapat diurus dengan baik dan syarikat kekal dalam kedudukan pematuhan yang baik seiring perkembangan perniagaan.
Pemilihan Syarikat Setiausaha yang tepat boleh menyumbang kepada kejayaan syarikat anda. Elakkan membuat keputusan berdasarkan bayaran yang murah semata-mata.

MSIB Corporate Consultancy Sdn Bhd
10 tahun
Berkhidmat Perniagaan di Malaysia
2400+
Syarikat Telah Berjaya Ditubuhkan
Professional
Sokongan Pematuhan Korporat
National
Perkhidmatan Meliputi Seluruh Negara
Kenapa Usahawan Memilih Kami?
Sokongan Pematuhan Berterusan
Proses Perkhidmatan Tersusun
Pasukan Professional Berpengalaman
Sokongan Atas Talian & Pejabat Fizikal
Langkah Demi Langkah : Bagaimana Melantik MSIB Sebagai Syarikat Setiausaha Baru Anda
1. Isi Borang Atas Talian
Hanya sediakan beberapa info asas bagi memudahkan kami membantu anda.
2. Hubungi & Detail Khidmat
Team kami akan hubungi anda dan menjelaskan khidmat kami lebih detail.
3. Buat Bayaran Atas Talian
Jika anda setuju, boleh buat bayaran & share resit pembayaran dengan kami.
4. Kami Mulakan Proses
Proses kami bermula. Due diligence diikuti dengan proses penubuhan syarikat.
Pakej Khidmat Kami Seperti Berikut
- Pemeriksaan status pematuhan Akta Syarikat 2016
- Berurusan dengan syarikat setiausaha sedia ada
- Pengambilan fail, buku minit & berdaftar syarikat
- Perlantikan setiausaha syarikat berlesen
- 2x Tapisan pelanggan di bawah AMLA
- Permohonan melalui sistem SSM CRS
- Tandatangan dokumen oleh setiausaha syarikat
- 2x Set dokumen lengkap syarikat
- Penyediaan, kemaskini dan penjagaan buku minute & berdaftar
- Konsultansi professional berkaitan khidmat ini
2 Bonus Percuma Anda Dapat
- 2x Notis & Deklarasi Pemunyaan Benefisial (Bernilai RM500)
- 24 Jam Sehari, 7 Hari Seminggu Akses ke Sokongan Channel Telegram
Detail Dalam Yuran Syarikat Setiausaha
Tempoh Proses
5 – 7 Hari Bekerja
HARGA PAKEJ
RM250
Permohonan Perlantikan Syarikat Setiausaha
RM200 Berurusan Dengan Syarikat Setiausaha Sedia Ada, Set Lengkap Syarikat
Tunggakan Berkaitan Pematuhan Akta Syarikat 2016 (jika ada)
Yuran Syarikat Setiausaha (amaun boleh rujuk jadual di bawah)
| JENIS SYARIKAT | YURAN SYKT. SETIAUSAHA |
|---|---|
| Sendirian Berhad (Sdn Bhd) | RM60 sebulan |
| Berhad (Bhd) | RM125 sebulan |
| Yayasan / Badan Kebajikan | RM95 sebulan |
Terma & Syarat :
- Harga pakej yang dinyatakan di atas hanya terpakai bagi syarikat yang mempunyai pengarah dan pemegang saham warganegara Malaysia serta tidak melibatkan mana-mana pemegang saham korporat. Fi tambahan akan dikenakan bagi pengarah atau pemegang saham warga asing serta pemegang saham korporat.
- Bagi tunggakan pematuhan Akta Syarikat 2016 di atas, jumlah fi hanya akan ditentukan selepas kami menyemak status pematuhan syarikat anda. Jumlah tersebut hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada harga pakej sebelum proses pelantikan dimulakan.
- Tempoh proses adalah 5–7 hari bekerja selepas semua dokumen dan maklumat berkaitan diterima oleh kami serta tiada tunggakan pematuhan Akta Syarikat 2016 yang masih belum diselesaikan.
- Semua bayaran yang telah dibuat di bawah pakej ini adalah tidak boleh dikembalikan.
Soalan-soalan Lazim (F.A.Q.)
S.1 : Syarikat Setiausaha saya sekarang telah meletakkan jawatan. Bolehkah saya melantik MSIB sebagai pengganti?
J.1 : Boleh. Anda hanya perlu memberikan status pematuhan semasa syarikat anda di bawah Akta Syarikat 2016 untuk semakan kami. Jika terdapat sebarang isu pematuhan tertunggak, kami akan mencadangkan langkah yang perlu diambil sebelum pelantikan kami dibuat.
S.2 : Syarikat Setiausaha saya sekarang dah tak dapat dihubungi. Bolehkah saya lantik MSIB sebagai pengganti?
J.2 : Boleh. Berikan kepada kami dokumen lengkap syarikat, maklumat hubungan Syarikat Setiausaha semasa dan status pematuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 untuk semakan. Jika terdapat isu tertunggak, kami akan mencadangkan langkah yang perlu diambil sebelum pelantikan kami.
S.3 : Adakah fi bulanan Syarikat Setiausaha merangkumi semua pemfailan SSM dan perubahan korporat?
J.3 : Tidak. Fi bulanan Syarikat Setiausaha meliputi pelantikan berterusan dan sokongan kesetiausahaan berkaitan. Untuk butiran perkhidmatan yang termasuk dalam fi Syarikat Setiausaha, anda boleh klik di sini. Fi berasingan mungkin dikenakan bagi urusan korporat, pemfailan atau perkhidmatan tambahan tertentu.
S.4 : Adakah MSIB menyediakan perkhidmatan secara dalam talian sahaja atau mempunyai pejabat fizikal?
J.4 : Kami menyediakan perkhidmatan secara dalam talian dan juga secara bersemuka di pejabat kami di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, dari Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Kami tutup pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Anda boleh memilih kaedah yang lebih sesuai untuk anda.
S.5 : Adakah MSIB menawarkan perkhidmatan Syarikat Setiausaha lebih murah berbanding firma lain?
J.5 : Fi kami ditetapkan pada kadar yang berpatutan selaras dengan kualiti perkhidmatan dan sokongan profesional yang kami berikan. Di MSIB, kami percaya Syarikat Setiausaha yang dipercayai dan berpengalaman penting bagi setiap syarikat yang serius untuk mengembangkan perniagaan.
S.6 : Pengetahuan saya tentang Sdn Bhd & Berhad agak terhad. Bolehkah MSIB membantu saya?
J.6 : Sudah tentu. Dengan pengalaman lebih 10 tahun, kami telah membantu usahawan daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan perniagaan. Di MSIB, kami juga menyediakan latihan kepada pengarah syarikat yang ingin meningkatkan pengetahuan dalam tadbir urus korporat dan pematuhan.
MSIB Corporate Consultancy Sdn. Bhd.
Co. Reg. No.: 201601003938 (1174864-U)
T3-3-3, Menara 3,
Lingkaran Maju (Maju Link),
Jalan Lingkaran Tengah 2,
57000, Bandar Tasik Selatan, KL.
Tel : 03-9055 3341
Jualan : 012-513 4031 / 4034
Email : ask@companysecretary.my
Tautan Penting
- Tentang Kami
- Gallery Kami
- Hubungi Kami
- Notis Privasi
- Soalan-soalan Lazim (FAQ)
- Terma & Syarat Laman Web
- Polisi Pembatalan & Pemulangan
