PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PLT)

Pengenalan Perkongsian Libiliti Terhad (PLT)

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) ialah satu struktur perniagaan yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.

PLT diperkenalkan sebagai struktur perniagaan alternatif untuk usahawan yang mahukan lebih fleksibiliti berbanding Sdn Bhd, sambil menikmati perlindungan undang-undang yang lebih baik berbanding perniagaan milikan tunggal atau perkongsian biasa. Ia menggabungkan ciri tertentu sebuah syarikat dan perkongsian tradisional dalam struktur perniagaan yang lebih ringkas.

Berbeza dengan milikan tunggal atau perkongsian biasa, PLT mempunyai identiti undang-undang yang berasingan daripada rakan kongsinya. Ini membolehkan PLT membuat kontrak, memiliki aset, menanggung liabiliti dan menjalankan perniagaan atas namanya sendiri, sambil secara amnya memberikan perlindungan liabiliti terhad kepada rakan kongsi.

Di MSIB, kami membantu pelanggan sepanjang proses pendaftaran PLT — daripada penyediaan maklumat perniagaan dan rakan kongsi, pendaftaran dengan SSM, hinggalah kepada penyediaan dokumen berkaitan serta sokongan pematuhan berterusan.

Pendekatan kami bukan sekadar membantu anda mendaftarkan PLT, tetapi juga membantu anda memahami sama ada struktur ini sesuai untuk perniagaan anda serta memastikan ia bermula dengan struktur yang betul dan asas pematuhan yang jelas untuk pertumbuhan masa hadapan.

Kenapa PLT / LLP ?

Minimum Dua Orang Rakan Kongsi Diperlukan Untuk Menubuhkan PLT / LLP 

Lindungi Kekayaan & Legasi Perniagaan Anda Dengan Perkongsian Liabiliti Terhad

Pertanyaan? WhatsApp Kami
Kenapa Usahawan Memilih Kami?
Sokongan Pematuhan Berterusan

Proses Perkhidmatan Tersusun

Pasukan Professional Berpengalaman

Sokongan Atas Talian & Pejabat Fizikal

Langkah demi Langkah : Bagaimana Memulakan PLT / LLP Anda Dengan Kami
1. Isi Borang Atas Talian

Hanya sediakan beberapa info asas bagi memudahkan kami membantu anda.

2. Hubungi & Detail Khidmat

Team kami akan hubungi anda dan menjelaskan khidmat kami lebih detail.

3. Buat Bayaran Atas Talian

Jika anda setuju, boleh buat bayaran & share resit pembayaran dengan kami.

4. Kami Mulakan Proses

Proses kami bermula. Due diligence diikuti dengan proses penubuhan syarikat.

Pakej Khidmat Kami Seperti Berikut
3 Bonus Percuma Anda Dapat
Detail Khidmat Dalam Yuran Pegawai Pematuhan

HARGA PAKEJ

PILIHAN #1

TUBUH PLT & MSIB SEBAGAI PEGAWAI PEMATUHAN
RM999
Pakej Penubuhan PLT
+ RM400
(biasa RM480 setahun) Yuran Pegawai Pematuhan Setahun Pertama

Jumlah Harga Pakej + 8% SST = RM1,510.92

PILIHAN #2

TUBUH PLT & RAKAN KONGSI SEBAGAI PEGAWAI PEMATUHAN
RM999
Pakej Penubuhan PLT
+ RM450
Perlantikan & Perletakan Jawatan Pegawai Pematuhan

Jumlah + 8% SST = RM1,564.92 (sekali bayar shj)

Tempoh Proses

5 Hari Bekerja

Muat Turun Rujukan Perkhidmatan

PILIH SALAH SATU PILIHAN PAKEJ YANG DISEDIAKAN DI SINI SEBELUM TEKAN BUTANG 'MULA SEKARANG' DI BAWAH

Terma & Syarat :
  1. Harga pakej yang dinyatakan di atas hanya terpakai bagi PLT dengan rakan kongsi warganegara Malaysia serta tidak melibatkan mana-mana rakan kongsi berstatus syarikat. Fi tambahan akan dikenakan bagi rakan kongsi warga negara asing serta rakan kongsi berstatus syarikat.

  2. Bagi melayakkan pelanggan menerima resolusi rakan kongsi untuk pembukaan akaun bank dan perbankan dalam talian di bawah pakej ini, semua maklumat perbankan yang diperlukan hendaklah diterima oleh pihak kami pada atau sebelum tarikh dokumen lengkap syarikat anda sedia untuk diambil. Sekiranya maklumat tersebut diterima selepas tarikh berkenaan, permohonan tersebut akan dianggap sebagai permohonan biasa bagi penyediaan resolusi bank dan fi resolusi bank yang berkenaan hendaklah dibayar secara berasingan.

  3. Tempoh proses 5 hari bekerja di sini bermula selepas pelanggan meluluskan dokumen draft penubuhan.
  4. Semua bayaran yang telah dibuat di bawah pakej ini adalah tidak boleh dikembalikan.

Soalan-soalan Lazim (F.A.Q.)
S. 1 : Adakah fi bulanan Pegawai Pematuhan merangkumi semua pemfailan SSM dan perubahan korporat?

J.1 : Tidak. Fi bulanan Pegawai Pematuhan meliputi pelantikan dan sokongan kesetiausahaan berkaitan sahaja. Untuk butiran khidmat yang termasuk dalam fi Pegawai Pematuhan, anda boleh klik di sini. Fi berasingan mungkin dikenakan bagi urusan korporat, pemfailan atau perkhidmatan tambahan tertentu.

J.2 : Perkongsian liabiliti terhad boleh memilih untuk melantik setiausaha syarikat bertauliah untuk bertindak sebagai pegawai pematuhannya atau melantik salah seorang rakan kongsinya untuk bertindak sebagai pegawai pematuhan.

J.3 : Minimum 2 orang partner diperlukan untuk menubuhkan sebuah perkongsian liabiliti terhad dimana partner tersebut boleh dikalangan orang biasa atau sebuah syarikat, rakyat Malaysia atau warganegara asing.

S. 4 : Adakah MSIB menyediakan perkhidmatan secara dalam talian sahaja atau mempunyai pejabat fizikal?

J.4 : Kami menyediakan perkhidmatan secara dalam talian dan juga secara bersemuka di pejabat kami di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, dari Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Kami tutup pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Anda boleh memilih kaedah yang lebih sesuai untuk anda.

J.5 : Fi kami ditetapkan pada kadar yang berpatutan selaras dengan kualiti perkhidmatan dan sokongan profesional yang kami berikan. Di MSIB, kami percaya Syarikat Setiausaha yang dipercayai dan berpengalaman penting bagi setiap syarikat yang serius untuk mengembangkan perniagaan.

J.6 : Sudah tentu. Dengan pengalaman lebih 10 tahun, kami telah membantu menubuhkan lebih 2400 buah Syarikat dengan pelbagai aktiviti perniagaan. Di MSIB, kami juga menyediakan latihan kepada pemegang rakan kongsi yang ingin meningkatkan pengetahuan dalam tadbir urus korporat dan pematuhan LLP / PLT.

MSIB logo small3

MSIB Corporate Consultancy Sdn. Bhd.
Co. Reg. No.: 201601003938 (1174864-U)

T3-3-3, Menara 3, 
Lingkaran Maju (Maju Link),
Jalan Lingkaran Tengah 2, 
57000, Bandar Tasik Selatan, KL.

Tel : 03-9055 3341
Jualan : 012-513 4031 / 4034
Email : ask@companysecretary.my

Kami Berdaftar SSM BizTrust
biztrust_secure_seal